apakah perasaan yang membencikan ini?
tadi ada interview untuk masuk bachelor, dan sekarang aku tidak tahu apakah perasaan yang ku rasakan sekarang. adakah aku down akibat interview tadi ataupun atas sebab lain?
esok submission dan aku masih belum siap section dan elevation apatah lagi site planku.semuanya dalam proses, tapi sekarang aku masih tiada mood lagi untuk melakukan kerjaku ini bagaikan submisssion minggu depan. aku benci dengan perasaanku sekarang ini, rasa sedih dan down tetiba.
dan aku fikirkan kenapa aku jadi begini. adakah kerana seseorang aku jadi begini? aku benci perasaan ini.aku tidak mahu sejarah silam berulang kembali.sejarah yang telah membuatkanku terluka untuk waktu yang agak lama. dan adakah perasaan yang sama aku rasakan ini seperti waktu dulu? aku harap jawapannya adalah tidak. dan kenapa hatiku berat mengatakan ia. aku harap esok hari aku dapat melupakan perasaan ini.

0 comments:
Post a Comment