Tuesday, January 22, 2008

bebas buat sementara waktu

semalam memang hari yang memenatkan sampaikan kami tidur bergelimpangan di dalam studio beramai-ramai, lecturer kami datang pun kami masih tidur lagi. hatiku sungguh lega sekali kerana sudah lepas submission project 1 pagi tadi. tetapi sangat kecewa dan sedih sekali kerana gagal mencapai target. BOCOR! kenapa terjadinya kebocoran itu. jikalau tidak bocor tadi sudah hampir sempurna project kami. habis air plastisin melimpah membasahi lantai. banjir di depan studio? tiada hujan, tiada ribut, banjir. sungguh lawak sekali. semua orang siap mencelup2 tangan mereka dalam site model kami seperti tempat basuhan tangan di salam corner. siap ada juga yang tulis di whiteboard "caution! beware of wet floor".


haha. siutan mereka. nasib baik aku yang open minded, boleh dibawa bergurau. datangnya angin gelap aku habis semua orang kena nanti. dinosor bulat yang garang itulah yang sering diusik oleh sleazy. (nama sleazy di jual di sini, i'm sorry. tapi i buat u famous apa :P ) coursemate aku yang gila2, sudah hidup hampir 3 tahun bersama. sudah masak dengan perangai masing2. tiba2 datanglah berita gembira mengatakan ada resubmission lagi next week. nasib baik, dapat juga kami membetulkan model kami yang masih under construction. mengharapkan yang terbaik walaupun design simple, tapi interesting. bak kata richard meier, "Less is more".

design drawing tidak ku sentuh lagi. mentang2 esok pagi class cancel. apa lagikan, esok pagi sajalah aku buat walaupun petang itu submission. kerja last minute sudah menjadi sebahagian diriku as student architecture.tidak tahu mana datangnya budaya negatif itu mungkin pengaruh rakan sebaya? penat semalam pun masih belum hilang. mataku yang gila ini sudah mahu tertutup. tiada apa yang berada dalam fikiranku sekarang melainkan tidur. walaupun daku baru saja bangun dari tidur tetapi mahu tidur lagi. aku ingin membalas dendam!
siapa suruh tidurku yang selama ini dirampas oleh subject design!

Oleh itu, bye bye t- squareku , welcome tilamku! :))


0 comments:

 
design by suckmylolly.com