satu hari ini aku memang malas tahap dewa. ini semua gara2 lecturerku tiada. yeay! itulah first word aku bila mendapat tahu lecturer aku semua pergi induk.nasib baik juga sebab aku tak siap lagi design drawing. ini semua kerja last minit punya pasal lah. dah lah esok pun cuti. terima kasih thaipusam! haha. jadi rutin aku hari ini adalah mengedit page blogku sedikit demi sedikit. hanya sedikit perubahan yang dapat dilihat sebab berserabut otak aku tengok html dia tahap banyak gila. kemalasan aku untuk membuat kerja lain memang tahap melampau. begitu malas sekali untuk membuat research pasal s.o.a untuk cameron nanti. daku mahu merehatkan otak seketika. jadi mr. blog, kau menjadi mangsa aku untuk aku membebel. friendster, myspace, apatah lagi facebook sudah tiada mood untukku layan. sian kau. ape guna nya blogkan kalau bukan tempat untuk meluahkan perasaankan. esok ada induction dengan budak part 1 dan part2. sekali gus dibuatnya. rasa malas mahu attend pun ada. tapi kalau tak attend nantik diorang tak kenal, sendiri yang bising. jadi terpaksalah aku membuat keputusan untuk attend. aini pun dah bising2 suruh aku pergi mandi, aku malas nak bergerak dari tilam aku ini.haha.sian kau aini.kau takkan tak tahu aku seorang yang degil.nantilah aku mandi.bising betul dia. baiklah aku pun tak tahu nak merepek pasal apa lagi. rasa mahu tidur pun ada. cepatlah hari esok. hari ini memang hari yang membosankan buatku.
Tuesday, January 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment