Saturday, February 2, 2008

cameron trip 2008!











sepatutnya aku ingin menulis lebih awal, tetapi disebabkan aku penuh dengan assignment, aku pun mengambil masa seminggu untuk mengupdate blogku. sorry la mr. blog aku telah mengabaikan kau buat sementara waktu. trip ke cameron 24/1 yang lepas mulanya agak membosankan kerana di site kami tiada apa2 yang istimewa kecuali terdapat strawberry yang dijual di tepi2 jalan. pada waktu malam kami pergi meronda2 di sekitar hotel kami dan kami agak kecewa kerana semua kedai tutup lebih awal dan tiada aktiviti lain yang kami boleh buat. tiba2 keluarlah idea yang bernas bermain permainan bluff (iaitu permainan kad yang penuh penipuan) bermula dengan sekumpulan kecil, kemudian keesokan harinya berkembang dengan pesat sekali bilangan ahlinya sampai kami dihalau kerana terlalu bising. tetapi itulah yang menjadi rutin kami pada waktu malam untuk mengisi kebosanan kami sehingga aku pun sudah belajar menjadi seorang penipu yang berjaya. selama 3 hari 2 malam, hari yang keduanya barulah wujudnya pasar malam yang digembar -gemburkan mempunyai jualan hebat. di situlah kami memborong strawberry, bunga- bungaan dan cactus yang ada. aku telah membeli sedikit bunga lily dan bunga ros tetapi hampa sekali kerana bila dibawa balik ke perak, semuanya layu dan tidak sempatku melihatnya berkembang mekar. pokok lily itu berjaya memikat hatiku buat pertama kalinya. :) . ziela telah memberi sekuntum bunga ros putih dan bunga lavender. tidak lupa juga cot juga telah memberiku cactus bulat yang comel. (credits to ziela and cot :) ) .



di ladang teh boh










0 comments:

 
design by suckmylolly.com