sudah begitu lama daku tidak mengupdate blog ini. mungkin ada dalam setengah tahun? tiba- tiba terbuka hatiku kembali untuk menulis blog setelah melihat rakan sekelasku sungguh sibuk sekali mengupdate blog mereka dan dengan pantas sekaliku mula dengan menukar wajahnya, dan kemudian baru memikirkan isinya. blank* blank*
mungkin menulis bukan salah satu kemahiran yang aku ada. maybe luahan perasaan mungkin?
sekarang apa yang kurasakan adalah tiada perasaan, blank, blur. dan semakin meningkat umur, semakin letihuntuk memikirkan keadaan sekeliling yang berlaku dalam kehidupan ini. dan itulah perasaanku hari ini, keletihan yang tidak dapat digambarkan. chinese new year, daku menolong ibuku di kedai sambil menghabiskan episod we got marriedku yang tertangguh akibat assignsku yang berlambak, tunggu masa dan mood yang sesuai, baruku mula untuk menyiapkannya. dan bilakah mood itu akan sampai? i wonder... haha. cuti selama seminggu dan kemudian tiada cuti langsung? apakah ini satu kebaikan atau satu dugaan?
penat..daku sudah penat untuk mengharungi sebagai seorang student architecture. ini adalah final semku, dan daku perlu mengharunginya dengan penuh kesabaran dan tebus kembali apa yang telah berlaku di semester yang lepas. dan rakan- rakanku semua sudah memikirkan apa yang mereka ingin buat selepas grad. dan aku masih blur apa yang aku ingin lakukan selepas ini.
adakah aku mahu meneruskan bidang ini atau ingin mencuba di bidang lain? itu yang masih ku pikirkan yang masih tiada jawapannya. apa yang terlintas dalam fikiraanku sekarang adalah cuti ini amat memenatkan kerana begitu byk asssigns yang perlu ku siapkan sebelum cuti berakhir. ada sesiapa yang buat kerja part time utk siapkan assign? sila contactku dengan secepat mungkin.
kepada sesiapa yang selalu mengikuti blogku ini. daku tidak mengecewakan korang lagi. silalah menjadi pembaca tegar blogku ini. apa yang ingin luahkan sekarang adalah aku mahu rehat!

0 comments:
Post a Comment