aku bosan, bosan sangat. tak tau nak buat apa sedangkan kerja banyak tetapi malas, malas tahap dewa sekali. dengan ketiadaan sara ke bali membuatkanku lebih bosan, dan aku cuba untuk menghabiskan cerita gossip girlsku yang sungguh banyak sekali perlu di tonton dan bermain jojo fashion 2 sampai lebam. hari ini seperti hari2 biasa, bangun tidur kemudian pergi ke kelas dan sekarang aku cuba untuk menghabiskan membaca buku 'The Memory Keeper's Daughter' oleh Kim Edwards setelah melihat sara membaca buku Twilightnya dengan penuh ghairah sekali. sudah beberapa tahunku meninggalkan minat membaca ini dan sekarang aku cuba memupuk kembali minat itu.
dan seperti biasa aku mebaca blog2 kawan2ku dan apabila aku membaca blog shaza, aku terkejut bila dia menyatakan bahawa submission design pada 5 mac? adakah benar?aku pun terus bertanya pada aini, dan aini dengan relaxnya menjawab mungkin salah tarikh agaknya. impossible. jikalau betul, kenapa perlu dipercepatkan? sudah lah sekarangku ketandusan idea untuk meneruskan designku. dengan ketidaan mood untuk berfikir dan hanya mahu merehatkan mindaku untuk sementara waktu walaupun aku tahu bahawa sekarang tiada masa untuk berehat. aku sangat benci dengan keadaanku yang sebegini, malas, letih dan bosan. apa yang aku ingin katakan sekarang adalah 'sara cepatla balik dari Bali'.
0 comments:
Post a Comment